Lady Boss Bootcamp 2026
Kejayaan seseorang pemimpin tidak lagi ditentukan oleh jawatan semata-mata, tetapi oleh keupayaannya membina pengaruh, mendapatkan kepercayaan pasukan, mengurus cabaran emosi dan membangunkan budaya kerja yang positif.
Lady Boss Bootcamp direka khusus bagi membantu pemimpin wanita menguasai kemahiran kepimpinan berpengaruh yang boleh diaplikasikan dalam organisasi, syarikat, agensi kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan masyarakat dan sektor profesional.
Melalui gabungan teori kepimpinan moden dan aplikasi Teknik Nabi, peserta akan mempelajari teknik membina hubungan yang baik dengan pasukan, meningkatkan kredibiliti sebagai pemimpin, membetulkan kesilapan pekerja secara berkesan, mengurus tekanan akibat kegagalan serta membina semangat pasukan menggunakan komunikasi yang berorientasikan masa depan.
Kursus ini memberi penekanan kepada aplikasi dunia sebenar melalui simulasi, perbincangan kes, refleksi kendiri dan latihan praktikal yang boleh terus digunakan dalam organisasi masing-masing.
******************************
Kursus ini disusun khusus untuk:
> Pengarah dan ketua jabatan
> pengurus dan penolong pengurus
> usahawan dan pemilik perniagaan
> ketua pasukan dan penyelia
> pemimpin NGO dan organisasi masyarakat
> pemimpin wanita dalam sektor awam dan swasta
******************************
5 Modul Utama Lady Boss Bootcamp:
Modul 1: Teknik Membina Liking
Aplikasi prinsip liking bagi menarik kepercayaan, sokongan dan kerjasama pihak atasan dan orang bawahan.
• Self-Assessment: Tahap liking sebagai pemimpin.
• Teknik menaikkan likeability.
• Teknik membina psychological safety dalam pasukan.
Modul 2: Teknik Membina Autoriti
Membina kredibiliti dan pengaruh yang menyebabkan pasukan yakin untuk mengikuti arahan dan keputusan ketua.
• Teknik membina pengaruh melalui vokal.
• Teknik membina pengaruh melalui visual.
• Teknik membina pengaruh melalui verbal.
Modul 3: Teknik Membetulkan Kesilapan
Membetulkan tingkah laku dan prestasi pekerja tanpa menimbulkan rasa defensif.
• Bahasa yang perlu dielakkan ketika membetulkan kesilapan.
• Teknik menegur tanpa menegur.
• Teknik menegur tanpa nasihat.
Modul 4: Teknik Mengurus Kekalahan dan Kekecewaan
Meningkatkan ketahanan emosi dan keupayaan bangkit semula selepas menghadapi kegagalan atau tekanan.
• Mengurus self-talk negatif
• Teknik reframing situasi negatif
• Teknik mengucapkan kata-kata uplifting
Modul 5: Teknik Mengucapkan Kata-kata Motivasi dan Inspirasi
Menggunakan bahasa masa depan bagi meningkatkan harapan, motivasi dan tindakan pasukan.
Bonus Tambahan:
a) Bahan latihan
b) Group Whatsapp komunikasi
c) Satu jam sesi one to one coaching
Sijil Penyertaan disediakan*
*Setiap peserta yang menyertai sesi-sesi dengan kehadiran penuh akan menerima Sijil Penyertaan di akhir program dan setelah pembayaran diterima serta disahkan.
*Butiran Program*
Tempat: Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat
Tarikh: 26 & 27 September 2026
Masa: 2 hari 1 malam (mula : 10 pagi, Sabtu – 12.00 tengahhari, Ahad)
Penginapan, makan minum dan material kursus disediakan dan termasuk dalam pakej yuran.
Daftar SEGERA!
Dapatkan harga Early Bird SEKARANG!